Sunday, 12 August 2012


Saya pelajar politeknik seperti yang tertera di atas ingin membuat aduan tentang laluan jalanraya ke politeknik dari arah Bandar Behrang 2020 ke Politeknik yang merbahaya kepada pelajar kerana jalan yang sempit dan dilalui oleh banyak kenderaan berat seperti lori-lori besar. laluan ini tidak mempunyai rizab motorsikal dimana kebanyakkan pelajar membonceng motosikal ke Politeknik.
Laluan Maut Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah 1

Laluan ini sememangnya telah menyebabkan banyak kematian termasuk penduduk tempatan yang berlaku disebabkan kemalangan dan statistik kematian boleh didapati pada pihak pengurusan Politeknik Sultan Azlan Shah. Setiap hari kami seolah- olah bertarung nyawa untuk ke kuliah terutamanya pada waktu pagi. Lampu jalan juga tidak dipasang di sepanjang laluan yang sempit ini. Boleh dikatakan setiap semester pasti ada nyawa yang terkorban di laluan ini.
Oleh itu, kami merayu kepada pihak yang tertentu supaya melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan kadar kemalangan di jalan yang dianggap “LALUAN MAUT” ini .
Laluan Maut Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah 2

No comments:

Post a Comment